terry 7 spiritz : 7 cara yang selalu aku gunakan

Pengalaman menghadapi kesusahan telah mematangkan aku menempuhi dunia yang penuh dengan dugaan dan rintangan ini..

ini lah tujuh cara yang aku selalu gunakan kalau aku dalam situasi yang sedih..baca dan fahamilah ayat-ayat ini dan anda akan merasakan satu kelegaan andainya anda sedang dalam keadaan yang sedih..


:
terry thomas



1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah – tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on


6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.


7. Hati Mesti ‘Keras’

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Tuhan menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Kisah Blog Ini


Kini aku sedar..
Bahawa aku dilahirkan ke dunia ini bukan untuk bergembira..
Tetapi untuk mengembirakan orang yang aku sayang..

Kini aku sedar..
Bahawa aku dilahirkan ke dunia ini bukan untuk dihargai..
Tetapi untuk menghargai setiap pemberian serta kebaikan daripada insan yang lain..

Dan,kini aku sedar..

Bahawa aku harus pergi dari dunia ini..
Setelah aku menunaikan segala tanggungjawab yang diberi..

  


Hari ini aku sedar..Bahawa janji itu juga sebahagian dari kata-kata..
Boleh diubah..Boleh juga untuk dilupakan..

Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan..
Tapi menerima janji..Sampai mati diingati..

Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri..
Semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..



We Are Friendz Forever !

baru lepas buat projek LK..

Manchester United




terry thomas

Derita Jiwa Ku








I LOVE YOU
sungguh ku ingin engkau mengerti..
perasaan ku mencintai mu..
sungguh ku ingin engkau tahu..
derita jiwa ku merindui mu..

bukan sekadar kepentingan aku abaikan..
malahan keegoan aku korbankan..
bukan sekadar ungkapan manis ku..
rasa terpendam tak mampu ku luahkan..

segala janji aku tunaikan..
segala kasih aku hulurkan..
semua itu engkau tak peduli..
engkau menghancurkan hati ku ini..

aku merindu diri mu kasih..
setengah mati nyawa ku ini..
titisan air mata ku yang mengalir..
tiada siapa yang sudi peduli..

apakah kesalahan ku?..
dan apakah dosa ku pada mu?..
sehingga kau sanggup melukai aku..
yang tulus mencintai mu..

aku kan setia terus menunggu..
kehadiran mu dalam hari ku..
aku bersumpah kan tetap menanti..

selama ku masih bernafas lagi..