Aku Hanya Mampu Tersenyum

Berdirinya aku di halaman..menatap keindahan bintang-

bintang dan bulan..melihat kebahagiaan setiap insan..lalu aku

merenung jauh ke hadapan..dan kini aku sedar..hidup aku

tidak seperti mereka!..memiliki hubungan yang bahagia..dan

mampu mengharungi suka dan duka..bersama insan yang

tercinta..



tetapi..aku hanya mampu tersenyum melihat mereka

bahagia..kerna aku sedar..aku tidak layak memiliki

semuanya..




dan biarlah aku hidup umpama sebatang LILIN.."yang

membakar dirinya demi menerangi kehidupan orang lain dan

tidak akan membiarkan orang itu terus berada dalam

kegelapan" namun setelah ia tidak berdaya lagi,ia akan terus

dibuang dan tidak mungkin akan diingati lagi,dan jauh sekali

untuk dikenang..begitu juga dengan diri ini..yang hanya

hidup sebagai petanda..




dan aku seakan-akan dapat meneka..

bahawa..di penghujung cerita hidup ku ini..engkau akan

pergi bersama insan yang engkau sayang dan cintai..

namun..

aku akan pergi bersama duka yang telah sekian lama aku

pendam di hati ini..